Wednesday, 15 February 2017

Otak perlukan stimulasi untuk berkembang


Assalamualaykum..Perkongsian dari FB, nak masukkan di blog sebagai self reminder, self note. Kita manusia kan selalu LUPA huhu :
Kalau anak tipikal or normal perlukan stimulasi otak untuk berkembang apatah lagi anak special. Mereka perlu kan lebih lagi.
Bezanya anak tipikal dia mampu lakukan sendiri stimulasi tersebut yang sebenarnya sangat alami/fitrah. Dipanggil stimulasi aktif.
Contoh aktiviti yang merangsang perkembang otak adalah menyulur, merangkak, berjalan, memanjat, berlari, melompat, bergayut, berguling etc.
Aktiviti ini semua memberi input bermakna pada otak (brain grows by use).
Lalu bagaimana anak yang mengalami kecederaan otak boleh dapat manfaat yang sama jika mereka tak mampu lakukan aktiviti tersebut?
Jawapannya : Kita yang perlu lakukan untuk mereka. Stimulasi pasif istilahnya.
Bagaimana kita nak lakukan? Belajarlah dengan therapist bagaimana nak beri rangsangan pada sistem vestibular mereka dan lain-lain. Lakukan dengan kerap, konsisten.
Kalau NGO di Malaysia yang berpengalaman lama dengan stimulasi dan perkembangan anak istimewa secara holistik (fizikal, emosi dan diet pemakanan) adalah Institut Nury.
Saya masih ingat kata-kata Dr Azura our beloved NURY mentor,
"Anak normal sekali pun jika dikurung dalam bilik gelap, tidak dibenarkan keluar untuk lakukan apa-apa, hanya duduk terperuk di sudut bilik otaknya akan berhenti berkembang.."
Maka biarkanlah anak-anak aktif meneroka beri mereka kepercayaan, believe it or not mereka boleh rasa sama ada anak normal/special.
To our brain injured child give them opportunities. Peluang, peluang, peluang (bagi effect bergema sikit) ðŸ˜‹
Ok sekian perkongsian. Hemak nak masak lauk vegetarian lagikkk hahaa.

Thursday, 9 February 2017

Nuha's first Neuro-Acupunture treatment

Assalamualaykum..Hamboih tajuk kemain dalam english pastu tulis dalam BM. Eh biaq la blog sendiri bukan blog orang :P

First time hihi
Sebenarnya rawatan akupuntur ni memang dah dalam list untuk treatment Nuha, cuma tak tahu nak buat di mana dengan kekangan-kekangan lain so biar dulu. Dijadikan cerita selalu nampak si kecik comel sorang ni kat fb buat akupuntur, Allah gerakkan hati nak tanya maknya buat di mana, katanya buat rawatan neuro-acupunture di The Tole. Selidik-selidik, tengok website centre semua meyakinkan. Nuha pun dah 18 bulan sebelum masuk 2 tahun kena juga cuba acupunture ni. Berbincang dengan waled dan memutuskan kata sepakat untuk mulakan secepatnya.

So here we are, start 4 Februari 2017 hari sabtu. Macam biasa awal-awal dah psiko kakak nak ke tempat baru, tunjuk video The Tole yang pernah masuk TV3, dia tengok orang kena cucuk jarum terus tak bagi. Kakak cakap semua tak boleh pergi, haha. Pujuk punya pujuk cakap, kita nak tolong adik bagi adik cepat besar, boleh main dengan kakak, berlari main kat taman semua nanti. Alhamdulillha terus kakak ok hihi.

Second time
So we proceed. Masa sampai terus nampak anak-anak superspecial yang semua kena cucuk di kepala, rileks je semua sambil main, buat aktiviti masing-masing. Yang menariknya boleh kata lebih daripada separuh adalah foreigner, anak orang arab. Tengok anak-anak kat situ semua aktif-aktif walaupun ada yang berkerusi roda, ada rasa yakin. Centre ni sangat luas siap ada tempat untuk anak-anak main kat luar, ada accommodation toilet, katil dan bilik rawatan.  Masuk je terus disapa assistant di situ, kena isi borang, sedikit medical background etc. Lepas tu dapat kad rawatan and tunggu giliran. Then dalam 10 minit macam tu master panggil dan buat assessment sikit tengok tahap perkembangan Nuha. Dia consult cara urutan di bahagian saraf tulang belakang then keluarkan jarum akupuntur. Jeng3 masanya sudah tiba, are you ready Nuha?

Third time
Masuk je jarum Nuha terus menangis terkejut hihi, jarum akupuntur ni bukan mcm jarum peniti biasa tu ya, dia ada cas voltan yang sangat rendah so bahagian yang dicucuk tu akan rasa berdenyut-denyut gitu. Tapi sekejap je Nuha menangis, waled bawa jalan-jalan sekejap bagi hisap tangan waled dia ok la hihihi. Untuk permulaan, Nuha dicadangkan buat akupuntur 2 kali seminggu bersama dengan brain powder (herbs) yang perlu diminum hari-hari. Alhamdulillah tak mengganggu pun rutin terapi Nuha di rumah. Kakak suka sebab ada tempat main, ada juga dibuka kartun untuk tontonan.

So total spending untuk first visit adalah RM156.90 untuk 4 jarum (each RM8.48) dan 7 packs powder (RM15.90 each tahan untuk 2 minggu).  Maka setiap minggu akan spend RM45.60X2 untuk needles dan setiap 2 minggu RM111.30 untuk brain powder. Sebulan total lebih kurang RM586. Ya Allah moga dipermudahkan rezeki untuk kami teruskan rawatan ni selama mana Nuha perlukan. Quite pricy juga kan?

Kalau ada yang mahu bersama-sama kami realisasikan mimpi Ulin Nuha, sokonglah bisnes yang kami buat untuk bajet treatment Nuha atau sekurang-kurangnya doakan rezeki kami diluas-permudahkan ya. Doa kalian sangat dihargai.

Kalian rasa kami seperti 'desperate'? Well we take it as compliment.

"Buat je la rawatan kat hospital tu cukup, tak payah spend banyak-banyak kalau tak mampu". 

No, we cant wait sebab Nuha sedang melewati tahun-tahun kritikal perkembangan otaknya (1-6 tahun) peluang masih cerah untuk Nuha sembuh inshaallah. Jadi kami nak cuba beri peluang sebanyak mungkin pada Nuha. Kami boleh tutup mata dahulu untuk perkara lain, priority dan komitmen kami untuk tahun-tahun kritikal ini adalah Nuha. Semoga kami tak lupa dan terus kuat untuk konsisten.

Dalam perjalanan ini terkadang kami rasa bersendiri tapi sebenarnya tidak, Allah ada, keluarga pun banyak bersama, doa-doa dari kalian ada menemani. Semoga Allah beri kesempatan untuk kami melihat Nuha bercakap, berjalan, berlari, membaca suatu hari nanti inshaallah.

Terima kasih sudi baca :)

Nuha's current treatment (18months young): Neuro exercise program NURY, terapi saraf, acupunture.

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

Monday, 20 June 2016

Aktiviti untuk Pembangunan Vestibular


Assalamualaykum..
Ramai yang tanya mama, vestibular tu apo kobondo eh? Hihiii
Selalu dengar sistem pencernaan, sistem pernafasan dan sistem lain dalam badan, sistem vestibular jarang dengar kan?
Sistem Vestibular adalah penjaga keseimbangan badan.
Secara amnya, sistem vestibular bertanggungjawab terhadap orientasi tubuh dalam ruangan, baik saat kita sedang duduk, berdiri, tidur, dan lain sebagainya.
Secara fungsi, sistem vestibular sendiri berperanan dalam keseimbangan, koordinasi, serta kawalan pergerakan tubuh.
Tanpa sistem ini, dan jika sistem vestibular kita terganggu, ikita akan merasakan ruangan seolah terus berputar, persis seperti orang mabuk, berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan mudah jatuh.

Sistem Vestibular

Sistem ini terletak pada tulang temporal telinga, mencakup koklea dan berbagai reseptor di telinga kita.
Bagaimana sistem ini berjalan, bergantung pada informasi yang diberikan oleh bagian lain tubuh, seperti mata, telinga, tangan, kaki, dan otot. Informasi itu berkisar tentang posisi tubuh, di mana kita berada, dan apa yang kita lakukan.
Sistem inilah yang kemudian berkoordinasi dengan otak untuk membuat kita tetap tegak.

Contoh pembangunan sistem vestibular yang cemerlang adalah ahli gymnastik yang mampu mengagak di mana kedudukan badannya ketika membuat aksi gimnastik, melompat di udara dan kemudian membuat 'landing' yang 'perfect' sambil tersenyum.
Sebenarnya aktiviti menimang, melompat, bergayut dan memanjat memberi input yang berguna dan  bagus untuk pembangunan sistem vestibular.
Semakin banyak input yang diberikan kepada otak, semakin bagus sistem vestibular terutama kepada anak kecil yang sedang membesar.
So, kalau boleh sediakan ruang dan peluang untuk anak melompat, memanjat dan bergayut di rumah ye, atau bawak je ke taman permainan, main buaian, bergayut dan jongkang jongkit dan papan gelongsor. 

**************

Ok, just nak share antara exercise Nuha untuk input vestibular adalah menimang, bergayut pada jari, backward roll dan forward roll. Semoga input-input yang diberi setiap hari akan membangunkan sistem vestibular yang baik inshaallah.
Semoga bermanfaat! 

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)


Monday, 9 May 2016

Brain Injured Child #firstRule


Assalamualaykum..
Why #firstRule?
Kenapa yang satu ni dikatakan first rule? Ia merupakan kaedah rawatan pertama yang dirumus oleh pasukan penyelidik IAHP. Rawatan ini sangat mudah, tak perlukan apa-apa kemahiran, tak perlukan wang ringgit, tak perlukan peralatan apa-apa, simple dan sangat semulajadi.
So. What is it?
"The brain-injured child who could not walk was to spend her entire day on the floor in the face-down situation. The only exception to this rule was that he might be removed from the floor to be fed,to be treated and to be loved." - What to do about our brain-injured child by Glenn Doman
PUT THEM ON THE FLOOR IN FACE DOWN SITUATION
Glenn Doman menyatakan bahawa rawatan pertama untuk brain injured child yang mereka discover adalah dengan meletakkan anak dalam keadaan meniarap walaupun anak masih belum mampu meniarap sendiri (disebabkan tak mampu melawan graviti).
Kaedah ini adalah inspirasi daripada ibu bapa yang give up dengan treatment cara lama yang tak beri apa-apa improvement pada anak mereka ketika itu.
End up mereka bawa balik anak mereka di rumah dan hanya letakkan anak mereka secara meniarap di atas lantai.
Amazingly after that, anak-anak mereka menunjukkan progresss yang baik dalam pergerakan (mobility). Hanya dengan meletakkan anak-anak di atas lantai!

Apabila kita meletakkan anak dalam keadaan meniarap, ini adalah cara untuk kita cipta PELUANG supaya mereka mula explore kebolehan mereka untuk bergerak, menggunakan tangan dan kaki mereka.
Kerana bila mereka meniarap, sedikit pergerakan random tangan dan kaki akan menyebabkan badan mereka bergerak ke depan dan memberi 'hint' pada otak, "Ehh ada tangan dan kaki. Wahhh boleh bergerak rupanya!".
Yes, kebolehan itu ada tersimpan di dalam otak mereka tetapi disebabkan berlaku kecederaan, 'memori' itu seolah 'koma' dan perlu dibangkitkan dengan cara stimulasi. Gerakkan memori itu!
Anak menangis?
Of course dia akan menangis dulu, Nuha pun sama je masa awal-awal saya letakkan dia dalam keadaan meniarap.
Bukan main menangis kita di tingkat bawah boleh dengar walaupun rumah tingkat dua.
Basah cadar dengan air mata dan air hidung hihi.
Entah apa la jiran-jiran fikir waktu tu, dia ni dera anak ke?
Tapi demi kebaikan Nuha, mama keringkan hati.
Mula-mula biar 5 minit dahulu angkat main-main, letak semula, kemudian up 10 minit, up lagi 15 minit, up 20 minit dan sekarang sampai sejam pun Nuha boleh bertahan asalkan dia sihat, perutnya dah kenyang. Alhamdulillah.
But my baby doesn't move an inch!
Dah letak bawah, tapi dia tak bergerak ke depan langsung nak buat macam mana?
There comes an idea to create an inclined plain.
Dalam bahasa melayu nya papan gelongsor tapi yang boleh dilaras ketinggian mengikut kemampuan anak bergerak melawan graviti.
Anak diletakkan di atas inclined plain untuk bantu dia bergerak ke depan lebih mudah kerana tarikan graviti berkurangan apabila semakin tinggi.
Ini cara kita beri peluang untuk anak meneroka kebolehan dia menggunakan tangan dan kaki untuk bergerak ke depan, jangan lupa reward mereka dengan pujian dan kasih sayang setiap kali mereka berjaya sampai ke bawah.
Inclined plain di gym Institute NURY
Inclined plain di rumah yang Waled buat sendiri
Apa kebaikan meniarap lagi?
Bila anak meniarap, dia akan mula belajar melawan graviti (Penting untuk proses seterusnya iaitu merangkak) mengangkat kepalanya, mngelakkan kejang otot yang selalu berlaku pada anak istimewa kerana jarang menggunakan otot untuk berkerja, menguatkan leher dan belakang anak, membantu kawalan kepala, mengurangkan risiko lemas walaupun dia menangis kerana air hidung akan turun ke bawah, apabila dia gerakkan kaki dan tangannya dan seluruh anggota tubuhnya, otaknya juga berkerja dan digunakan, remember brain grows by use :)
Pada akhirnya kita serahkan kepada Allah apa jua kebaikan yang diperolehi asbab ikhtiar ini, tiada daya apa lagi upaya kita melainkan dengan izin dan rahmatNya. Setuju?
Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

Wednesday, 4 May 2016

Early Intervention is Important


Assalamualaykum wbt..

Kenapa rawatan intensif patut dimulakan dengan secepat dan seawal usia untuk proses pemulihan? 0-6 tahun adalah tahun kritikal untuk perkembangan otak manusia. Otak ketika ini tidak membezakan yang SUSAH mahu pun SENANG, ia akan SERAP semuanya! Jika kecederaan otak berlaku di mana-mana bahagian yang menyebabkan limitasi fungsi fizikal, bahagian otak yang lain boleh dilatih untuk menggantikan 'tugas' mengendali fungsi tadi.

Beberapa prinsip pembangunan otak : 
1. Otak membangun bila digunakan, sama seperti otot biseps
2. Lebih banyak otak 'diisi' lebih besar kapasiti yang boleh dikandung
3. Fungsi menentukan struktur
4. Pembangunan otak boleh berhenti, diperlahankan dan paling penting boleh dipercepatkan

‪#‎firstRule‬ the most simple, effortless, FREE of charge method.
"It was now 1952 and we found our first method of treatment :
The brain-injured child who could not walk was to spend her entire day on the floor in the face-down situation. The only exception to this rule was that he might be removed from the floor to be fed,to be treated and to be loved." - What to do about our brain-injured child by Glenn Doman
Hari assessment dengan Dr. Azura mama kena tegur sebab letak Nuha menelentang masa nak start penilaian hihii

 Selain otak yang masih fleksibel, saraf, otot dan tulang juga masih 'lembut' dan boleh dilentur jika intervansi awal dilakukan. Di Institut NURY, selalu ditekankan bahawa 'FUNGSI MENENTUKAN STRUKTUR' bermaksud, diagnosis dilakukan berdasarkan keupayaan fizikal, tahap perkembangan otak dinilai melalui fungsi fizikal yang sudah dicapai melalui carta profile pembangunan yang dibangunkan oleh Glenn Doman:


Berdasarkan penilaian carta ini, perkembangan otak Nuha atau umur neurologi nya kebanyakan masih di tahap kedua iaitu otak Pons yang bagi bayi tipikal  biasanya umur 3 bulan sudah mencapai tahap tersebut sedangkan Nuha sudah hampir 10 bulan. Selepas penilaian, Dr memberi senarai stimulasi dan senaman yang kami boleh lakukan sendiri di rumah dan memerlukan komitmen tinggi jika mahu percepatkan pertumbuhan otaknya dan mengelakkan 'delay' yang lebih lama. Sebelum mula di rumah kami hadiri training dahulu supaya teknik yang digunakan betul.

Senaman dan stimulasi ini sebenarnya boleh dilakukan di hospital kerajaan tetapi dengan kekangan masa dan waktu lawatan dan terapi yang terpaksa ditunggu, kami merasakan adalah lebih baik jika kami belajar dan buat sendiri di rumah. Rawatan ini perlu konsisten dan berterusan, setiap 1-2 bulan, Nuha akan dinilai semula tahap perkembangannya dan senaman/stimulasi akan diolah mengikut keperluan. Selain senaman/stimulasi makanan tambahan yang dicadangkan oleh Dr adalah Omega 3 dan vitamin C. Makanan tambahan ini penting untuk perkembangan otak dan kesihatan menyeluruh.

Jadual senaman/stimulasi yang diisi setiap hari

Senaman/stimulasi ini dilakukan sebanyak 3 sesi dalam sehari. Senaman paling kritikal yang dinamakan 'patterning' memerlukan bantuan 3 orang dewasa, biasanya, mama, tok umi dan tok abi lah patterner Nuha, nasib baik tok abi pula jenis balik makan lunch di rumah, lepas tok abi berehat dan makan, kami akan buat sesi ke-2. Alhamdulillah proses dipermudahkan sehingga ke saat ini.

"Hurt midbrain, can we tried to teach this hurt midbrain the function that it would have performed if it not be hurt? A child with midbrain injury who could not move his arms and legs purposefully when on his belly.
Here comes the patterning - we try to moving those arms and legs for him - and in the exact pattern that the midbrain was designed for. We decided to "pattern" him.
We found eventually that when this patterning was done often enough, consistently enough and in a time pattern which we made more rigid as time went on, then indeed many a child with hurt midbrain would begin to creep and indeed once creeping began, walking follow since it was normal to his well cortex."
What to do about your brain injured child - Glenn Doman

Intervansi awal boleh membantu pemulihan total pembangunan anak, inshaallah. Yang penting kita usaha, ikhtiar, tawakal dan percaya Allah mengikut sangkaan hambaNya. Kami positif Nuha mampu pulih sepenuhnya, boleh berdikari, belajar dan memberi sumbangan kepada ummah kelak, inshaallah. Mohon doa dari semua untuk kami terus istiqamah di jalan ini.

Terima kasih sudi singgah dan baca :)

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

Monday, 18 January 2016

Kursus Ibu Bapa Professional


Assalamualaykum..Berita baik korang! :D

Bulan Februari ni ada Kursus Ibu Bapa Professional & Anak Cemerlang di  Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-Kanak Nury. harga asal RM300 seorang tapi kalau pergi by group of 10, hanya RM200! Jom sape nak join, yang ada special need baby atau typical baby semua boleh, bagi yang nakkan ilmu untuk bantu anak-anak lebih cemerlang di awal usia.

Kursus Ibu Bapa Professional :

Tarikh : 20 & 21 Februari 2016
Masa : 8 pg - 5 ptg
Yuran : RM300/person
By group of 10 : RM200/person
Lokasi : 9 & 11 Jln. Wangsa 5a. Bukit Antarabangsa.
Contact Person In Charge : 0139944328 (Puan Zahra)
FB : Azzahra Asmara 

TENTATIF PROGRAM :

Hari pertama :

8.30pg : Pendaftaran
9.00pg : Pengenalan
9.15pg : Prinsip, konsep & Pendekatan NURY
10.00pg : Minum Pagi
10.20pg : Otak dan kemampuannya. Kenapa otak anakku hebat?
11.50pg : Soal jawab
12.00tgh : Pusingan Kemampuan Manusia dan susunan Neurologi
1.00ptg : Solat & makan tengahari
2.00ptg : Umur Kronologi tak Semestinya Umur Neurologi
3.50ptg : Soal Jawab
4.00ptg : Rehat
4.15ptg : Program Intelek : Bagaimana Memanfaatkan 30 minit bersama anak
5.50ptg : SOal jawab
6.00ptg : Tamat Hari Pertama

Hari kedua :

8.30pg : Program Fizikal & Kepentingan kepada Pembangunan Otak
10.00pg : Minum Pagi
10.20pg : Amali Gerak Geri Fizikal Merangsang
11.10pg : Soal jawab
11.20pg : Makanan yang baik VS makanan mudarat
12.50tgh: Soal Jawab
1.00ptg : Solat & makan tengahari
2.00ptg : Amalan pemakanan yang merangsang pembangunan otak
3.00ptg : MEnu NURY
3.30ptg : PEranan ibu bapa professional dalam mendidik anak dalam program simbiosis NURY
4.00ptg : Rehat
4.15ptg : Program sosio emosi - NURY : Abjad emosi ~ seronoknya belajar
5.30ptg : Penilaian kursus
5.45ptg : Penyampaian Sijil
6.00ptg : Tamat

Jom sertai, jangan tunggu lama-lama, nanti tempat dikebas orang, hihi

Sunday, 17 January 2016

What to Do About your Brain-injured Child part 1

Budak mucuk yang banyak dah minum susu

Assalamualaykum, selamat pagi.

Semalam bangun pam susu untuk Nuha, sambil-sambil baca buku atuk Glenn. Baru berapa mukasurat tapi memang best. First part dia ceritakan tiga kumpulan ibu bapa yang bawa anak-anak ke institute milik beliau, The Institute for the Achievement of Human Potential.

Kumpulan pertama, semua anak-anak yang dibawa, sangat berbeza kecuali satu perkara, mereka adalah anak-anak yang mengalami kecederaan otak, sama ada sebelum dilahirkan, ketika dilahirkan atau selepas dilahirkan. Kumpulan kedua pula, adalah ibu bapa yang tiada persamaan kecuali MENIDAKKAN untuk percaya bahawa anak mereka tidak boleh dibantu. Dan kumpulan ke tiga adalah kumpulan ibu bapa yang membawa anak-anak tipikal/normal mereka.

Ada yang lumpuh seluruh badan, ada yang lumpuh separa, Ada yang tak boleh lihat, yang tak boleh dengar, yang IQ mereka mencapah daripada bacaan terendah sampai ke bacaan normal dan ksemua mereka akan dinilai dan didiagnos sebagai mengalami kecederaan otak. Bukan masalah otot yang lemah atau masalah organ pendengaran/percakapan sepeti yang semua percaya.

Dua hari pertama di insitut, setiap kanak-kanak akan dinilai dengan kehadiran ibu dan bapa, setiap langkah dalam proses penilaian akan diterangkan. Keupayaan setiap daripada mereka dinilai dengan skala yang berat dan direkodkan dengan tepat. DUa hari kemudiannya, ibu dan bapa akan menyertai orientasi intensif yang menerangkan konsep, method dan teknik yang diguna pakai oleh insitut. Dan kemudiannya, mereka akan ke department yang menunjukkan dan mengajar apa yang mesti dilakukan dan bagaimana nak lakukan kepada anak.Terakhirnya, bila semua soalan ibu dan ayah sudah dijawab oleh insitut, mereka boleh meneruskan teknik yang diajar dirumah dan kemudian datang semula ke insitut selepas 2-3 bulan untuk dinilai semula dan diajar teknik yang bersesuaian.

Ada yang kekal dalam program selama setahun, ada yang selama beberapa tahun, malah lebih lama lagi. Sesetengah ibu bapa akan mula letih, menyerah tapi kebanyakannya tidak akan menyerah. Majoriti anak-anak menunjukkan perkembangan malah lebih jauh daripada yang mereka berani bayangkan. Kadang-kadang, kanak-kanak yang mengalami keceraan serius malah lebih cepat berkembang berbanding mereka yang lebih ringan. Yang pada mulanya dikatakan BUTA, mampu membaca dengan mata, bukan jari. Ada yang lumpuh sepenuhnya kemudian mampu berjalan, berlari  seperti orang lain. Ada yang pada mulanya tak boleh keluarkan bunyi seolah macam BISU, akhirnya bercakap tanpa guna bahasa isyarat.

Semua dilakukan di rumah oleh ibu bapa, dengan panduan dari insititut. Inilah permulaan memahami anak-anak yang mengalami kecederaan otak.



Kalau di Malaysia, yang menjalankan method sama dengan IAHP adalah NURY Institute. Pengasas NURY, Arwah Datuk Dr. Nur Laily kenal secara peribadi dengan Dr. Glenn Doman dan kini anak beliau, Dr Azura pula yang bertugas di NURY. Dr. Azura juga pernah sendiri berpeluang menyaksikan bagaimana Dr. Glenn DOman berkerja ketika beliau masih lagi belajar. Mama bercadang nak ajak waled sertai insitute ini, nak bawa Nuha untuk dinilai, mama dan waled juga perlu lebih memahami dan belajar cara terbaik untuk bantu perkembangan Nuha, inshaallah. Cuma cara prosedurnya sikit berbeza dengan IAHP. Di NURY, ibu bapa perlu jalani kursus dua hari Kursus Ibu Bapa Professional, Anak Cemerlang, kemudian baru anak akan dinilai dan dicadangkan method yang sesuai untuk optimumkan fungsi otak.

Otak adalah centre. Otak adalah kuncinya, Otak adalah organ hebat ciptaan ALlah yang Maha Hebat. Alhamdulillah for a new experience, for a coming new knowledge of course. Buku ini bakal membuka perspektif baru dalam kehidupan mama terhadap anak-anak istimewa.

Jom sambung baca :D

P/S : Kena usaha lebih untuk kumpul dana ni, hihuu.. Ada yang nak sertai kami merealitikan mimpi-mimpi Ulin Nuha? Jom shopping sambil menyumbang di Mrs.Mama Zone & Mama Vitalicious