Wednesday, 4 May 2016

Early Intervention is Important


Assalamualaykum wbt..

Kenapa rawatan intensif patut dimulakan dengan secepat dan seawal usia untuk proses pemulihan? 0-6 tahun adalah tahun kritikal untuk perkembangan otak manusia. Otak ketika ini tidak membezakan yang SUSAH mahu pun SENANG, ia akan SERAP semuanya! Jika kecederaan otak berlaku di mana-mana bahagian yang menyebabkan limitasi fungsi fizikal, bahagian otak yang lain boleh dilatih untuk menggantikan 'tugas' mengendali fungsi tadi.

Beberapa prinsip pembangunan otak : 
1. Otak membangun bila digunakan, sama seperti otot biseps
2. Lebih banyak otak 'diisi' lebih besar kapasiti yang boleh dikandung
3. Fungsi menentukan struktur
4. Pembangunan otak boleh berhenti, diperlahankan dan paling penting boleh dipercepatkan

‪#‎firstRule‬ the most simple, effortless, FREE of charge method.
"It was now 1952 and we found our first method of treatment :
The brain-injured child who could not walk was to spend her entire day on the floor in the face-down situation. The only exception to this rule was that he might be removed from the floor to be fed,to be treated and to be loved." - What to do about our brain-injured child by Glenn Doman
Hari assessment dengan Dr. Azura mama kena tegur sebab letak Nuha menelentang masa nak start penilaian hihii

 Selain otak yang masih fleksibel, saraf, otot dan tulang juga masih 'lembut' dan boleh dilentur jika intervansi awal dilakukan. Di Institut NURY, selalu ditekankan bahawa 'FUNGSI MENENTUKAN STRUKTUR' bermaksud, diagnosis dilakukan berdasarkan keupayaan fizikal, tahap perkembangan otak dinilai melalui fungsi fizikal yang sudah dicapai melalui carta profile pembangunan yang dibangunkan oleh Glenn Doman:


Berdasarkan penilaian carta ini, perkembangan otak Nuha atau umur neurologi nya kebanyakan masih di tahap kedua iaitu otak Pons yang bagi bayi tipikal  biasanya umur 3 bulan sudah mencapai tahap tersebut sedangkan Nuha sudah hampir 10 bulan. Selepas penilaian, Dr memberi senarai stimulasi dan senaman yang kami boleh lakukan sendiri di rumah dan memerlukan komitmen tinggi jika mahu percepatkan pertumbuhan otaknya dan mengelakkan 'delay' yang lebih lama. Sebelum mula di rumah kami hadiri training dahulu supaya teknik yang digunakan betul.

Senaman dan stimulasi ini sebenarnya boleh dilakukan di hospital kerajaan tetapi dengan kekangan masa dan waktu lawatan dan terapi yang terpaksa ditunggu, kami merasakan adalah lebih baik jika kami belajar dan buat sendiri di rumah. Rawatan ini perlu konsisten dan berterusan, setiap 1-2 bulan, Nuha akan dinilai semula tahap perkembangannya dan senaman/stimulasi akan diolah mengikut keperluan. Selain senaman/stimulasi makanan tambahan yang dicadangkan oleh Dr adalah Omega 3 dan vitamin C. Makanan tambahan ini penting untuk perkembangan otak dan kesihatan menyeluruh.

Jadual senaman/stimulasi yang diisi setiap hari

Senaman/stimulasi ini dilakukan sebanyak 3 sesi dalam sehari. Senaman paling kritikal yang dinamakan 'patterning' memerlukan bantuan 3 orang dewasa, biasanya, mama, tok umi dan tok abi lah patterner Nuha, nasib baik tok abi pula jenis balik makan lunch di rumah, lepas tok abi berehat dan makan, kami akan buat sesi ke-2. Alhamdulillah proses dipermudahkan sehingga ke saat ini.

"Hurt midbrain, can we tried to teach this hurt midbrain the function that it would have performed if it not be hurt? A child with midbrain injury who could not move his arms and legs purposefully when on his belly.
Here comes the patterning - we try to moving those arms and legs for him - and in the exact pattern that the midbrain was designed for. We decided to "pattern" him.
We found eventually that when this patterning was done often enough, consistently enough and in a time pattern which we made more rigid as time went on, then indeed many a child with hurt midbrain would begin to creep and indeed once creeping began, walking follow since it was normal to his well cortex."
What to do about your brain injured child - Glenn Doman

Intervansi awal boleh membantu pemulihan total pembangunan anak, inshaallah. Yang penting kita usaha, ikhtiar, tawakal dan percaya Allah mengikut sangkaan hambaNya. Kami positif Nuha mampu pulih sepenuhnya, boleh berdikari, belajar dan memberi sumbangan kepada ummah kelak, inshaallah. Mohon doa dari semua untuk kami terus istiqamah di jalan ini.

Terima kasih sudi singgah dan baca :)

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

1 comment: