Nuha's Gentle Birth Story

Bismillah..

Detik kelahiran anak ke-2 kami, Ulin Nuha saya kira sebagai 'gentle birth' sebab kelahiran kali ni saya betul-betul aware dengan proses kelahiran. Ahaaa, saya dah target nak ke hospital hanya ketika betul-betul sakit dan baby dah nak keluar. Alhamdulillah its really happend biiznillah. Apa yang saya bayangkan dan fikir, alhamdulillah terjadi. Here's the story.

6 Julai 2015

So, the due date is on 12th July but I really can feel that baby will comes out earlier this time. Kakaknya dulu lewat lima hari, but saya bersyukur sebab tak dipaksa bersalin. So this time, saya try macam-macam 'natural induce' supaya baby cepat keluar. Antaranya berjalan dengan banyak, lompat2 atas gymball, minum air kelapa, makan durian dan makan Nenas muda.

Seperti biasa, saya buat rutin berjalan turun naik tangga rumah sampai peluh lencun. Tujuan berjalan banyak ni, supaya baby cepat turun ke laluan dan warm up otot-otot untuk berkerja masa labour hour nanti. Lepas berjalan berpeluh, saya akan duduk dan lompat2 atas bola gym yang saya bawa dari rumah. Ni pun salah satu tujuannya nak bagi baby turun ke laluan. Dalam 30 minit juga saya exercise pagi tu. Pagi tu masa nak mandi, saya perasan ada brown spot kat panties. Dalam hati tertanya2, baby nak keluar dah ke?

Terus tanya kat group telegram, wahhh ramai respon baby nak keluar dah tu, silalah p window shopping, tawaf mall. Saya buat betul-betul hahaa..Ajak umi pergi mall, kengkonon nak beli baju baby etc. Umi pun layankan jer. Malamnya pula saya tak nak duduk diam, saya ikut umi ke masjid dan solat terawikh 8 rakaat (sebenarnya posisi sujud tu membetulkan kedudukan baby ke laluan). Waktu ni dah terasa contraction acah2 gitu, very mild. Teruja, maybe baby nak keluar tarikh cantik 7.07 ni, hihi. So malam tu tidur pun tak berapa nyenyak coz terasa surge tu kadang-kadang.

7 Julai 2015

Jam 3 pagi saya terjaga, kali ni surge dah terasa kerap. Saya ke toilet dan check kalau ada tanda turun lagi. Yes kali ni darah bercampur lendir. Yayyyy baby  is really coming! Saya agak maybe malam ni saya akan bersalin. Dah terjaga tu, saya buat solat sunat dan doa minta Allah permudahkan perjuangan saya berkat bulan Ramadhan ni. Saya wassap hubby beritahu sakit dah rasa, maybe bersalin hari ni. Hubby tekad nak balik kampung hari tu juga, nak tolong jaga saya. Alhamdulillah dia dapat pelepasan dan terus balik naik bas tengahari.

Dah terjaga tu, saya tak boleh nak sambung tidur dah sebab rasa sakit, lepas subuh contraction mula rasa kerap tapi mild je. Setiap kali datang surge saya akan buat deep breathing. Tarik nafas dan hembus, kiraan waktu hembus mesti lama daripada waktu tarik nafas, contoh tarik nafas kiraan 1 hingga 4, hembus nafas kiraan 1 hingga 6. Selain breathing, saya akan jalan2 round rumah, kadang2 duduk dan lompat2 atas bola gym. Saya catat waktu contraction nk tengok selang masa dan nak bajet waktu nk ke Hospital. Masa jam 9 pagi selang masa dah 5 minit sekali, tapi saya masih boleh tahan rasa sakit tu. So layankan je, sambil layan si kakak Haura'. Bila datang surge, sy buat all 4, posisi separa sujud, kadang2 sy duduk atas gymball, gerak2 kan pinggang supaya tulang pelvis terbuka lagi luas.  Saya minta umi belikan nenas muda sebab pernah baca nenas boleh lembutkan permukaan serviks. Separuh biji saya makan. Lepas tu lunch macam biasa.

Lepas solat zhuhur dah mula rasa contraction yang agak kuat berbanding pagi tadi. Tapi masih boleh tahan lagi, jalan tawaf rumah, sambil buat breathing sambil istighfar sampai jam 4 petang, rasa macam berat sangat kat bawah, eh baby dah turun sangat ni, rasa macam nak buang air besar. Saya ke toilet dan sekali lagi keluar darah dan sedikit air jernih (saya suspect air ketuban). Waktu ni sakitnya memang dah lain macam, dah tertunduk-tunduk saya tahan sakit, dah tak dapat layan pertanyaan2 Haura', breathing pun dah semput. Saya minta adik panggil umi, umi datang kelam-kabut. Saya cakap dah tak tahan umi, sakit sangat, jom ke hospital..

4.30 petang semua dah siap, tapi saya terfikir, eh dah nak asar ni, solat dulu umi. Tapi umi cakap solat kat sana nanti, takut tak sempat. Ok saya ikutkan je. Dalam kereta memang sakit sangat, lagi-lagi tak boleh berjalan. Haura pula menangis-nangis nak duduk dengan mama kat depan. Waktu dah tak layan apa dah, istighfar dan cuba tenangkan diri, baby dah nak keluar. Just fikir baby dah nak keluar! 5 petang sampai hospital, lapor diri dan tunggu giliran untuk diperiksa, lambat pula tu. Saya dah tak tahan, terus cakap kat nurse boleh tak check saya dulu, sakit sangat ni, rasa macam nak teran dah. OK, nurse bagi katil suruh baring dan seperti biasa pasang CTG. Bila contraction serang saya akan mengiring dan merekot. Saya tanya nurse :

"Nurse, kuat tak bacaan contraction saya?"

"Hmm belum kuat ni puan."

"Tapi saya sakit sangat ni. Rasa macam nak teran dah."

"Ye ke? Ok, jap saya panggil doktor check bukaan ye?"

Doktor muda, chines girl datang dan buat VE.

"Oh my God nurse, dah full dilated ni! Cepat bawa ke labour room. Puan jangan teran dulu ya?"

Wahhh no wonder rasa nak push sangat. Atas katil tu sy teran sikit2  bila datang sakit tu. Haaa kelam kabut nurse surung saya ke LR, waktu tu dalam 5.10 petang. Baju hospital tak sempat tukar, tukar di LR. Fuhhh. Dah sampai LR masa tu contraction tengah off, so muka rileks sikit. Nurse semua cakap betul ke dah full ni, muka tak sakit pun? Hihi.. Nurse dan doktor semua prepare apa yang patut, dah settle semua nurse cakap kalau rasa sakit terus push. Saya tarik nafas dalam-dalam dan push bila sakit, 3 kali push, alhamdulillah keluarlah puteri ke  dua kami seberat 2.82kg. Jam waktu tu pukul 5.40 petang. Nurse bagi skin to skin sekejap then baby dibawa keluar.

Sepanjang dalam LR, mulut zikir dan istighfar, hati doa dan pesan pada baby untuk bagi kerjasama, alhamdulillah terima kasih Allah, kau permudahkan segalanya.

Husband waktu tu masih atas bas. Umi, adik dan Haura di ruang menunggu. Terkejut dorang bila tengok nama saya dalam senarai selamat bersalin. Eh cepatnya! Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mempermudahkan proses bersalin. Nuha, you are such a strong girl, bagi kerjasama penuh, dia bersungguh tolak diri dia keluar dari rahim mama. Alhamdulillah for such a beautiful moment having you in my life. Rasa tak serik nak bersalin lagi  lepas pengalaman bersalinkan Nuha.

No comments:

Post a Comment