Assalamualaykum..Hamboih tajuk kemain dalam english pastu tulis dalam BM. Eh biaq la blog sendiri bukan blog orang :P
First time hihi |
So here we are, start 4 Februari 2017 hari sabtu. Macam biasa awal-awal dah psiko kakak nak ke tempat baru, tunjuk video The Tole yang pernah masuk TV3, dia tengok orang kena cucuk jarum terus tak bagi. Kakak cakap semua tak boleh pergi, haha. Pujuk punya pujuk cakap, kita nak tolong adik bagi adik cepat besar, boleh main dengan kakak, berlari main kat taman semua nanti. Alhamdulillha terus kakak ok hihi.
Second time |
Third time |
So total spending untuk first visit adalah RM156.90 untuk 4 jarum (each RM8.48) dan 7 packs powder (RM15.90 each tahan untuk 2 minggu). Maka setiap minggu akan spend RM45.60X2 untuk needles dan setiap 2 minggu RM111.30 untuk brain powder. Sebulan total lebih kurang RM586. Ya Allah moga dipermudahkan rezeki untuk kami teruskan rawatan ni selama mana Nuha perlukan. Quite pricy juga kan?
Kalau ada yang mahu bersama-sama kami realisasikan mimpi Ulin Nuha, sokonglah bisnes yang kami buat untuk bajet treatment Nuha atau sekurang-kurangnya doakan rezeki kami diluas-permudahkan ya. Doa kalian sangat dihargai.
Kalian rasa kami seperti 'desperate'? Well we take it as compliment.
"Buat je la rawatan kat hospital tu cukup, tak payah spend banyak-banyak kalau tak mampu".
No, we cant wait sebab Nuha sedang melewati tahun-tahun kritikal perkembangan otaknya (1-6 tahun) peluang masih cerah untuk Nuha sembuh inshaallah. Jadi kami nak cuba beri peluang sebanyak mungkin pada Nuha. Kami boleh tutup mata dahulu untuk perkara lain, priority dan komitmen kami untuk tahun-tahun kritikal ini adalah Nuha. Semoga kami tak lupa dan terus kuat untuk konsisten.
Dalam perjalanan ini terkadang kami rasa bersendiri tapi sebenarnya tidak, Allah ada, keluarga pun banyak bersama, doa-doa dari kalian ada menemani. Semoga Allah beri kesempatan untuk kami melihat Nuha bercakap, berjalan, berlari, membaca suatu hari nanti inshaallah.
Terima kasih sudi baca :)
Nuha's current treatment (18months young): Neuro exercise program NURY, terapi saraf, acupunture.
Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)
Alhamdulillah... Mg Allah mempermudahkan urusan.... ☺
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah :)
Delete