Buat Ibu Ayah

KITA INI....mengharapkan untuk masuk Syurga dengan SOLAT...Mungkin selama ini solat kita penuh dengan kelalaian..lalu Allah tolak ibadah solat..

Kita mengharapkan untuk masuk Syurga dengan
PUASA...Mungkin selama ini kita berpuasa hanya dapat menahan lapar dan dahaga..lalu Allah tolak ibadah puasa..


Kita mengharapkan untuk masuk Syurga dengan
SEDEKAH..Mungkin sedekah itu tidak seikhlas mana..lalu Allah tolak ibadah sedekah..

Kita mengharapkan untuk masuk Syurga dengan bacaan ALQURAN..Mungkin selama ini kita sekadar baca tanpa memahami dan mengamalkannya..lalu Allah tolak ibadah
itu..


Lalu dengan apa kita dapat masuk ke dalam SYURGA...?
Lihat wajah anak-anak Istimewa kita...Bukankah mereka itu 'Ahli Syurga'?

Belumkah kita mengerti bahawa Allah hadirkan mereka sebagai perintis jalan untuk kita menuju Jannah?Belumkah kita mengerti betapa besarnya Kasih dan Sayang Allah terhadap kita? Mengapa Dia anugerahkan kita anak Istimewa itu? 

Kerana Allah Maha Mengetahui
dengan mengurniakan kita anak istimewa, kita akan'bersungguh' untuk menjaga AmanahNya dengan tidak mengharapkan apa-apa melainkan kerana rasa kasih dan sayang kita yang menggunung terhadap anak-anak ini...semuanya kita lakukan kerana Allah dan kita tahu anak-anak Istimewa ini merupakan Amanah dariNya yang perlu kita galas dengan sebaiknya...


Tidakkah kita mengerti dengan asbab hadirnya Anak Istimewa ini sebenarnya mengundang Rahmat serta Kasih

Sayang Allah terhadap diri dan keluarga kita?

SubhanAllah...Apa lagi yang kita harapkan selain Rahmat dan KasihSayang Allah? 

Bukankah hidup dengan penuh
keberkatan serta dilimpahi dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah itu yang paling utama?
Sesungguhnya seseorang dimasukkan ke dalam Syurga bukan semata-mata kerana amalnya melainkan semuanya kerana Rahmat serta Kasih Sayang Allah...


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T
belaka.” (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment