Apa nak buat selepas diagnosis?

Baru terima diagnosis microcephaly? Apa nak buat selepas diagnosis?
Jika anda seperti kami, saat menyedari anak yang dikandung bakal menghadapi kelewatan perkembangannya, dunia serasa begitu kejam. Menangislah, menangis dan menangis sepuasnya.
Apabila selesai, mulakan pencarian maklumat anda. Knowledge is power. Carilah maklumat berkenaan microcephaly dan bagaimana kita boleh bantu anak-anak micro.
Terapi & diet :
Stimulasi sangat penting bagi anak micro. Belajar kaedah stimulasi yang betul melalui therapist. Stimulasi perlu diberikan secara kerap dan konsisten. Jangan 'settle' pada satu method jika dirasakan perlu mencuba method yang lain. We as a parent ada 'instinct' berkenaan hal itu.
Dalam perjalanan mencari rawatan kepada Ulin Nuha kami mencuba beberapa kaedah alternatif selain rawatan di hospital. Antaranya program pembangunan otak di Institute NURY, acupunture di The Tole, homeopathy with Dr Surya. Kami sedang memikirkan untuk cuba rawatan osteopath selepas ini inshaallah.
Diet yang sedang kami lakukan kepada Nuha adalah GFCF (gluten-free, casein free), serta suplement minyak ikan dan vitamin C atas nasihat doktor perawat.
Nasihat kami pada anda yang anak di tahap 'mild' jangan bertangguh untuk mencari rawatan. Kerana perkembangan otak boleh dipercepat atau diperlambatkan. Dikhuatiri jika dibiarkan anak boleh berpindah pada tahap 'severe'.
Penyembuhan bukanlah satu yang mustahil. Banyak yang kita boleh lakukan untuk bantu mereka mencapai kebolehan yang anak lain kecapi, mungkin makan masa tapi jangan berhenti.
Harapan kita supaya mereka boleh menjadi orang dewasa yang mampu berdikari dan memberi sumbangan pada masyarakat inshaallah.
Yang penting usaha, semangat dan cinta kita pada anak, selebihnya kita serahkan pada Allah.
ADMIN

No comments:

Post a Comment