Tarikh lahir : 7 Julai 2015
Rawatan Neuro Akupuntur pula mencecah RM586 setiap bulan.
Umur : 19 bulan
Diagnosis awal : Microcephaly with developmental delay (Pertumbuhan otak tidak normal, mempengaruhi fungsi fizikal tubuh)
Punca : Belum dikenalpasti (Ujian saringan virus negatif, bukan juga disebabkan oleh genetik)
Punca : Belum dikenalpasti (Ujian saringan virus negatif, bukan juga disebabkan oleh genetik)
Simptom : Kawalan kepala yang lemah, tidak boleh meniarap dengan sendiri, menyulur dengan pergerakan minimum, tidak membebel boleh senyum dan ketawa bila rasa terhibur, mata masih kabur dan silau, mudah tersedak/lemas ketika minum dan makan, otot tangan tidak kuat
Rawatan yang sedang dilakukan :
- Program pemulihan intensif Institut NURY - March 2016 (untuk pembangunan otak dan fungsi fizikal)
- Terapi saraf - March 2016 (Membaikpulih fungsi saraf dan melancarkan laluan oksigen ke otak)
- Neuro Acupunture - February 2017
Rawatan yang dipertimbangkan :
- Osteopath (Tulang tunjang, Tulang belakang Nuha sedikit membengkok dan kawalan kepala masih lemah)
Pemakanan : Susu ibu, supplement Omega 3 dan Vitamin C, brain powder (herba TCM)
Penilaian Dr mendapati perkembangan otak Nuha masih di peringkat usia 3 bulan dan statik, kami tidak mahu menunggu lebih lama risau keupayaannya untuk berkomunikasi dan berjalan akan hilang jika rawatan tidak dilakukan secepatnya terutama tulang belakangnya yang sudah sedikit membengkok. Disebabkan itu kami bercadang menjalani rawatan intensif osteopath walaupun sedikit mahal dengan kos sekali temujanji hampir mencecah RM300.
Rawatan Neuro Akupuntur pula mencecah RM586 setiap bulan.
Bagi menjayakan program intensif Nuha, kami telah menjalani kursus khas di Institut NURY untuk belajar stimulasi dan senaman untuk pembangunan otak Nuha. Demi komitmen ini, saya memohon cuti tanpa gaji dan berkerja dari rumah dengan bisnes kecil-kecilan menjual supplement Shaklee, permainan edukatif kanak-kanak dan lain-lain.
Rawatan-rawatan lain juga merupakan rawatan jangka masa panjang dan memerlukan dana. Kos rawatan merupakan cabaran utama kami memandangkan saya (ibu) sudah bercuti tanpa gaji manakala suami berkerja sebagai pegawai eksekutif kolej swasta.
Rawatan-rawatan lain juga merupakan rawatan jangka masa panjang dan memerlukan dana. Kos rawatan merupakan cabaran utama kami memandangkan saya (ibu) sudah bercuti tanpa gaji manakala suami berkerja sebagai pegawai eksekutif kolej swasta.
Harapan kami bukan hanya mahu melihat Nuha boleh berdikari tapi kami mahu Nuha menjadi insan berilmu dan bermanfaat untuk ummah kelak, inshaallah.
Jika tuan/puan ingin membantu kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha sumbangan ikhlas pihak tuan/puan untuk program pembangunan berterusan Nuha, kami dahulukan dengan terima kasih dan doa semoga Allah permudahkan urusan tuan/puan di dunia dan akhirat.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun :
Maybank 112790049680 (Siti Fatimah Az-Zahrah bt Asmara) atau
CIMB 7047794714 (Siti Fatimah Az-Zahrah bt Asmara)
Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment