Monday, 20 June 2016

Aktiviti untuk Pembangunan Vestibular


Assalamualaykum..
Ramai yang tanya mama, vestibular tu apo kobondo eh? Hihiii
Selalu dengar sistem pencernaan, sistem pernafasan dan sistem lain dalam badan, sistem vestibular jarang dengar kan?
Sistem Vestibular adalah penjaga keseimbangan badan.
Secara amnya, sistem vestibular bertanggungjawab terhadap orientasi tubuh dalam ruangan, baik saat kita sedang duduk, berdiri, tidur, dan lain sebagainya.
Secara fungsi, sistem vestibular sendiri berperanan dalam keseimbangan, koordinasi, serta kawalan pergerakan tubuh.
Tanpa sistem ini, dan jika sistem vestibular kita terganggu, ikita akan merasakan ruangan seolah terus berputar, persis seperti orang mabuk, berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan mudah jatuh.

Sistem Vestibular

Sistem ini terletak pada tulang temporal telinga, mencakup koklea dan berbagai reseptor di telinga kita.
Bagaimana sistem ini berjalan, bergantung pada informasi yang diberikan oleh bagian lain tubuh, seperti mata, telinga, tangan, kaki, dan otot. Informasi itu berkisar tentang posisi tubuh, di mana kita berada, dan apa yang kita lakukan.
Sistem inilah yang kemudian berkoordinasi dengan otak untuk membuat kita tetap tegak.

Contoh pembangunan sistem vestibular yang cemerlang adalah ahli gymnastik yang mampu mengagak di mana kedudukan badannya ketika membuat aksi gimnastik, melompat di udara dan kemudian membuat 'landing' yang 'perfect' sambil tersenyum.
Sebenarnya aktiviti menimang, melompat, bergayut dan memanjat memberi input yang berguna dan  bagus untuk pembangunan sistem vestibular.
Semakin banyak input yang diberikan kepada otak, semakin bagus sistem vestibular terutama kepada anak kecil yang sedang membesar.
So, kalau boleh sediakan ruang dan peluang untuk anak melompat, memanjat dan bergayut di rumah ye, atau bawak je ke taman permainan, main buaian, bergayut dan jongkang jongkit dan papan gelongsor. 

**************

Ok, just nak share antara exercise Nuha untuk input vestibular adalah menimang, bergayut pada jari, backward roll dan forward roll. Semoga input-input yang diberi setiap hari akan membangunkan sistem vestibular yang baik inshaallah.
Semoga bermanfaat! 

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)


Monday, 9 May 2016

Brain Injured Child #firstRule


Assalamualaykum..
Why #firstRule?
Kenapa yang satu ni dikatakan first rule? Ia merupakan kaedah rawatan pertama yang dirumus oleh pasukan penyelidik IAHP. Rawatan ini sangat mudah, tak perlukan apa-apa kemahiran, tak perlukan wang ringgit, tak perlukan peralatan apa-apa, simple dan sangat semulajadi.
So. What is it?
"The brain-injured child who could not walk was to spend her entire day on the floor in the face-down situation. The only exception to this rule was that he might be removed from the floor to be fed,to be treated and to be loved." - What to do about our brain-injured child by Glenn Doman
PUT THEM ON THE FLOOR IN FACE DOWN SITUATION
Glenn Doman menyatakan bahawa rawatan pertama untuk brain injured child yang mereka discover adalah dengan meletakkan anak dalam keadaan meniarap walaupun anak masih belum mampu meniarap sendiri (disebabkan tak mampu melawan graviti).
Kaedah ini adalah inspirasi daripada ibu bapa yang give up dengan treatment cara lama yang tak beri apa-apa improvement pada anak mereka ketika itu.
End up mereka bawa balik anak mereka di rumah dan hanya letakkan anak mereka secara meniarap di atas lantai.
Amazingly after that, anak-anak mereka menunjukkan progresss yang baik dalam pergerakan (mobility). Hanya dengan meletakkan anak-anak di atas lantai!

Apabila kita meletakkan anak dalam keadaan meniarap, ini adalah cara untuk kita cipta PELUANG supaya mereka mula explore kebolehan mereka untuk bergerak, menggunakan tangan dan kaki mereka.
Kerana bila mereka meniarap, sedikit pergerakan random tangan dan kaki akan menyebabkan badan mereka bergerak ke depan dan memberi 'hint' pada otak, "Ehh ada tangan dan kaki. Wahhh boleh bergerak rupanya!".
Yes, kebolehan itu ada tersimpan di dalam otak mereka tetapi disebabkan berlaku kecederaan, 'memori' itu seolah 'koma' dan perlu dibangkitkan dengan cara stimulasi. Gerakkan memori itu!
Anak menangis?
Of course dia akan menangis dulu, Nuha pun sama je masa awal-awal saya letakkan dia dalam keadaan meniarap.
Bukan main menangis kita di tingkat bawah boleh dengar walaupun rumah tingkat dua.
Basah cadar dengan air mata dan air hidung hihi.
Entah apa la jiran-jiran fikir waktu tu, dia ni dera anak ke?
Tapi demi kebaikan Nuha, mama keringkan hati.
Mula-mula biar 5 minit dahulu angkat main-main, letak semula, kemudian up 10 minit, up lagi 15 minit, up 20 minit dan sekarang sampai sejam pun Nuha boleh bertahan asalkan dia sihat, perutnya dah kenyang. Alhamdulillah.
But my baby doesn't move an inch!
Dah letak bawah, tapi dia tak bergerak ke depan langsung nak buat macam mana?
There comes an idea to create an inclined plain.
Dalam bahasa melayu nya papan gelongsor tapi yang boleh dilaras ketinggian mengikut kemampuan anak bergerak melawan graviti.
Anak diletakkan di atas inclined plain untuk bantu dia bergerak ke depan lebih mudah kerana tarikan graviti berkurangan apabila semakin tinggi.
Ini cara kita beri peluang untuk anak meneroka kebolehan dia menggunakan tangan dan kaki untuk bergerak ke depan, jangan lupa reward mereka dengan pujian dan kasih sayang setiap kali mereka berjaya sampai ke bawah.
Inclined plain di gym Institute NURY
Inclined plain di rumah yang Waled buat sendiri
Apa kebaikan meniarap lagi?
Bila anak meniarap, dia akan mula belajar melawan graviti (Penting untuk proses seterusnya iaitu merangkak) mengangkat kepalanya, mngelakkan kejang otot yang selalu berlaku pada anak istimewa kerana jarang menggunakan otot untuk berkerja, menguatkan leher dan belakang anak, membantu kawalan kepala, mengurangkan risiko lemas walaupun dia menangis kerana air hidung akan turun ke bawah, apabila dia gerakkan kaki dan tangannya dan seluruh anggota tubuhnya, otaknya juga berkerja dan digunakan, remember brain grows by use :)
Pada akhirnya kita serahkan kepada Allah apa jua kebaikan yang diperolehi asbab ikhtiar ini, tiada daya apa lagi upaya kita melainkan dengan izin dan rahmatNya. Setuju?
Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

Wednesday, 4 May 2016

Early Intervention is Important


Assalamualaykum wbt..

Kenapa rawatan intensif patut dimulakan dengan secepat dan seawal usia untuk proses pemulihan? 0-6 tahun adalah tahun kritikal untuk perkembangan otak manusia. Otak ketika ini tidak membezakan yang SUSAH mahu pun SENANG, ia akan SERAP semuanya! Jika kecederaan otak berlaku di mana-mana bahagian yang menyebabkan limitasi fungsi fizikal, bahagian otak yang lain boleh dilatih untuk menggantikan 'tugas' mengendali fungsi tadi.

Beberapa prinsip pembangunan otak : 
1. Otak membangun bila digunakan, sama seperti otot biseps
2. Lebih banyak otak 'diisi' lebih besar kapasiti yang boleh dikandung
3. Fungsi menentukan struktur
4. Pembangunan otak boleh berhenti, diperlahankan dan paling penting boleh dipercepatkan

‪#‎firstRule‬ the most simple, effortless, FREE of charge method.
"It was now 1952 and we found our first method of treatment :
The brain-injured child who could not walk was to spend her entire day on the floor in the face-down situation. The only exception to this rule was that he might be removed from the floor to be fed,to be treated and to be loved." - What to do about our brain-injured child by Glenn Doman
Hari assessment dengan Dr. Azura mama kena tegur sebab letak Nuha menelentang masa nak start penilaian hihii

 Selain otak yang masih fleksibel, saraf, otot dan tulang juga masih 'lembut' dan boleh dilentur jika intervansi awal dilakukan. Di Institut NURY, selalu ditekankan bahawa 'FUNGSI MENENTUKAN STRUKTUR' bermaksud, diagnosis dilakukan berdasarkan keupayaan fizikal, tahap perkembangan otak dinilai melalui fungsi fizikal yang sudah dicapai melalui carta profile pembangunan yang dibangunkan oleh Glenn Doman:


Berdasarkan penilaian carta ini, perkembangan otak Nuha atau umur neurologi nya kebanyakan masih di tahap kedua iaitu otak Pons yang bagi bayi tipikal  biasanya umur 3 bulan sudah mencapai tahap tersebut sedangkan Nuha sudah hampir 10 bulan. Selepas penilaian, Dr memberi senarai stimulasi dan senaman yang kami boleh lakukan sendiri di rumah dan memerlukan komitmen tinggi jika mahu percepatkan pertumbuhan otaknya dan mengelakkan 'delay' yang lebih lama. Sebelum mula di rumah kami hadiri training dahulu supaya teknik yang digunakan betul.

Senaman dan stimulasi ini sebenarnya boleh dilakukan di hospital kerajaan tetapi dengan kekangan masa dan waktu lawatan dan terapi yang terpaksa ditunggu, kami merasakan adalah lebih baik jika kami belajar dan buat sendiri di rumah. Rawatan ini perlu konsisten dan berterusan, setiap 1-2 bulan, Nuha akan dinilai semula tahap perkembangannya dan senaman/stimulasi akan diolah mengikut keperluan. Selain senaman/stimulasi makanan tambahan yang dicadangkan oleh Dr adalah Omega 3 dan vitamin C. Makanan tambahan ini penting untuk perkembangan otak dan kesihatan menyeluruh.

Jadual senaman/stimulasi yang diisi setiap hari

Senaman/stimulasi ini dilakukan sebanyak 3 sesi dalam sehari. Senaman paling kritikal yang dinamakan 'patterning' memerlukan bantuan 3 orang dewasa, biasanya, mama, tok umi dan tok abi lah patterner Nuha, nasib baik tok abi pula jenis balik makan lunch di rumah, lepas tok abi berehat dan makan, kami akan buat sesi ke-2. Alhamdulillah proses dipermudahkan sehingga ke saat ini.

"Hurt midbrain, can we tried to teach this hurt midbrain the function that it would have performed if it not be hurt? A child with midbrain injury who could not move his arms and legs purposefully when on his belly.
Here comes the patterning - we try to moving those arms and legs for him - and in the exact pattern that the midbrain was designed for. We decided to "pattern" him.
We found eventually that when this patterning was done often enough, consistently enough and in a time pattern which we made more rigid as time went on, then indeed many a child with hurt midbrain would begin to creep and indeed once creeping began, walking follow since it was normal to his well cortex."
What to do about your brain injured child - Glenn Doman

Intervansi awal boleh membantu pemulihan total pembangunan anak, inshaallah. Yang penting kita usaha, ikhtiar, tawakal dan percaya Allah mengikut sangkaan hambaNya. Kami positif Nuha mampu pulih sepenuhnya, boleh berdikari, belajar dan memberi sumbangan kepada ummah kelak, inshaallah. Mohon doa dari semua untuk kami terus istiqamah di jalan ini.

Terima kasih sudi singgah dan baca :)

Disclaimer : Penulis bukan pakar, hanya berkongsi kaedah rawatan yang sedang dilakukan kepada anak penulis melalui Program NURY yang mengadaptasi kaedah rawatan di IAHP. Sertai kami merealisasikan mimpi Ulin Nuha (click untuk donate)

Monday, 18 January 2016

Kursus Ibu Bapa Professional


Assalamualaykum..Berita baik korang! :D

Bulan Februari ni ada Kursus Ibu Bapa Professional & Anak Cemerlang di  Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-Kanak Nury. harga asal RM300 seorang tapi kalau pergi by group of 10, hanya RM200! Jom sape nak join, yang ada special need baby atau typical baby semua boleh, bagi yang nakkan ilmu untuk bantu anak-anak lebih cemerlang di awal usia.

Kursus Ibu Bapa Professional :

Tarikh : 20 & 21 Februari 2016
Masa : 8 pg - 5 ptg
Yuran : RM300/person
By group of 10 : RM200/person
Lokasi : 9 & 11 Jln. Wangsa 5a. Bukit Antarabangsa.
Contact Person In Charge : 0139944328 (Puan Zahra)
FB : Azzahra Asmara 

TENTATIF PROGRAM :

Hari pertama :

8.30pg : Pendaftaran
9.00pg : Pengenalan
9.15pg : Prinsip, konsep & Pendekatan NURY
10.00pg : Minum Pagi
10.20pg : Otak dan kemampuannya. Kenapa otak anakku hebat?
11.50pg : Soal jawab
12.00tgh : Pusingan Kemampuan Manusia dan susunan Neurologi
1.00ptg : Solat & makan tengahari
2.00ptg : Umur Kronologi tak Semestinya Umur Neurologi
3.50ptg : Soal Jawab
4.00ptg : Rehat
4.15ptg : Program Intelek : Bagaimana Memanfaatkan 30 minit bersama anak
5.50ptg : SOal jawab
6.00ptg : Tamat Hari Pertama

Hari kedua :

8.30pg : Program Fizikal & Kepentingan kepada Pembangunan Otak
10.00pg : Minum Pagi
10.20pg : Amali Gerak Geri Fizikal Merangsang
11.10pg : Soal jawab
11.20pg : Makanan yang baik VS makanan mudarat
12.50tgh: Soal Jawab
1.00ptg : Solat & makan tengahari
2.00ptg : Amalan pemakanan yang merangsang pembangunan otak
3.00ptg : MEnu NURY
3.30ptg : PEranan ibu bapa professional dalam mendidik anak dalam program simbiosis NURY
4.00ptg : Rehat
4.15ptg : Program sosio emosi - NURY : Abjad emosi ~ seronoknya belajar
5.30ptg : Penilaian kursus
5.45ptg : Penyampaian Sijil
6.00ptg : Tamat

Jom sertai, jangan tunggu lama-lama, nanti tempat dikebas orang, hihi

Sunday, 17 January 2016

What to Do About your Brain-injured Child part 1

Budak mucuk yang banyak dah minum susu

Assalamualaykum, selamat pagi.

Semalam bangun pam susu untuk Nuha, sambil-sambil baca buku atuk Glenn. Baru berapa mukasurat tapi memang best. First part dia ceritakan tiga kumpulan ibu bapa yang bawa anak-anak ke institute milik beliau, The Institute for the Achievement of Human Potential.

Kumpulan pertama, semua anak-anak yang dibawa, sangat berbeza kecuali satu perkara, mereka adalah anak-anak yang mengalami kecederaan otak, sama ada sebelum dilahirkan, ketika dilahirkan atau selepas dilahirkan. Kumpulan kedua pula, adalah ibu bapa yang tiada persamaan kecuali MENIDAKKAN untuk percaya bahawa anak mereka tidak boleh dibantu. Dan kumpulan ke tiga adalah kumpulan ibu bapa yang membawa anak-anak tipikal/normal mereka.

Ada yang lumpuh seluruh badan, ada yang lumpuh separa, Ada yang tak boleh lihat, yang tak boleh dengar, yang IQ mereka mencapah daripada bacaan terendah sampai ke bacaan normal dan ksemua mereka akan dinilai dan didiagnos sebagai mengalami kecederaan otak. Bukan masalah otot yang lemah atau masalah organ pendengaran/percakapan sepeti yang semua percaya.

Dua hari pertama di insitut, setiap kanak-kanak akan dinilai dengan kehadiran ibu dan bapa, setiap langkah dalam proses penilaian akan diterangkan. Keupayaan setiap daripada mereka dinilai dengan skala yang berat dan direkodkan dengan tepat. DUa hari kemudiannya, ibu dan bapa akan menyertai orientasi intensif yang menerangkan konsep, method dan teknik yang diguna pakai oleh insitut. Dan kemudiannya, mereka akan ke department yang menunjukkan dan mengajar apa yang mesti dilakukan dan bagaimana nak lakukan kepada anak.Terakhirnya, bila semua soalan ibu dan ayah sudah dijawab oleh insitut, mereka boleh meneruskan teknik yang diajar dirumah dan kemudian datang semula ke insitut selepas 2-3 bulan untuk dinilai semula dan diajar teknik yang bersesuaian.

Ada yang kekal dalam program selama setahun, ada yang selama beberapa tahun, malah lebih lama lagi. Sesetengah ibu bapa akan mula letih, menyerah tapi kebanyakannya tidak akan menyerah. Majoriti anak-anak menunjukkan perkembangan malah lebih jauh daripada yang mereka berani bayangkan. Kadang-kadang, kanak-kanak yang mengalami keceraan serius malah lebih cepat berkembang berbanding mereka yang lebih ringan. Yang pada mulanya dikatakan BUTA, mampu membaca dengan mata, bukan jari. Ada yang lumpuh sepenuhnya kemudian mampu berjalan, berlari  seperti orang lain. Ada yang pada mulanya tak boleh keluarkan bunyi seolah macam BISU, akhirnya bercakap tanpa guna bahasa isyarat.

Semua dilakukan di rumah oleh ibu bapa, dengan panduan dari insititut. Inilah permulaan memahami anak-anak yang mengalami kecederaan otak.



Kalau di Malaysia, yang menjalankan method sama dengan IAHP adalah NURY Institute. Pengasas NURY, Arwah Datuk Dr. Nur Laily kenal secara peribadi dengan Dr. Glenn Doman dan kini anak beliau, Dr Azura pula yang bertugas di NURY. Dr. Azura juga pernah sendiri berpeluang menyaksikan bagaimana Dr. Glenn DOman berkerja ketika beliau masih lagi belajar. Mama bercadang nak ajak waled sertai insitute ini, nak bawa Nuha untuk dinilai, mama dan waled juga perlu lebih memahami dan belajar cara terbaik untuk bantu perkembangan Nuha, inshaallah. Cuma cara prosedurnya sikit berbeza dengan IAHP. Di NURY, ibu bapa perlu jalani kursus dua hari Kursus Ibu Bapa Professional, Anak Cemerlang, kemudian baru anak akan dinilai dan dicadangkan method yang sesuai untuk optimumkan fungsi otak.

Otak adalah centre. Otak adalah kuncinya, Otak adalah organ hebat ciptaan ALlah yang Maha Hebat. Alhamdulillah for a new experience, for a coming new knowledge of course. Buku ini bakal membuka perspektif baru dalam kehidupan mama terhadap anak-anak istimewa.

Jom sambung baca :D

P/S : Kena usaha lebih untuk kumpul dana ni, hihuu.. Ada yang nak sertai kami merealitikan mimpi-mimpi Ulin Nuha? Jom shopping sambil menyumbang di Mrs.Mama Zone & Mama Vitalicious 

Thursday, 14 January 2016

Nuha kena Chicken Pox!


Assalamualaykum..

 Banyak sangat benda jadi lately, sampai mama tak sempat nak hapdet blog Nuha langsung (errr sebenarnya kena penyakit L & M hahaa). So whats going on? Ahaaa mula-mula lepas celebrate birthday kakak Haura di Taska (18.12), esoknya mama detect ada bintik2 berair kat badan kakak, hah sudahh, badan dia pun dedar, makin lama makin banyak bintiknya. Bawak pergi jumpa doc, sah kakak Haura kena Chicken Pox! 

Seminggu di rumah, mama dan tok umi jaga kakak Haura, Nuha hantar taska macam biasa. Tup2 next 2 weeks, Nuha pulak naik bintik2 tu, sah la berjangkit dengan kakak. Hampir mustahil nak elak, sebab mama pernah baca, virus tu boleh bertahan di udara selama 2 jam. Takkan la tak bagi adik bernafas plak kat rumah ye dok? hihuu. So minggu lepas tok umi datang jagakan Nuha pulak, minggu ni mama dan waled bergilir cuti jaga Nuha. Terima kasih waled sebab ambil cuti untuk jaga Nuha. 

So, semalam mama dah hantar NUha ke nursery, cikgu cakap NUha mengamuk juga awal-awal tu, ye la dah lama dok rumah kan? huhu. Mama harap dipermudahkan urusan pengasuh NUha di nursery. Nuha dah 6 bulan, tapi mama belum start solid food, inshaallah nanti mama nak start up dengan buah epal dulu. Lagi satu, mama berjaya dapat appointment untuk rawatan homeopathy (tingkatkan fungsi otak dan saraf), alhamdulillah Allah permudahkan, dulu Dr Suriya di Melaka, baru ni je dia pindah ke Bangi, dekat sangat dah. Jadi tak mau sia-siakan, nak dengar assessment dari Doc Suriya dan suggestion dia, inshaallah. 

Appointmentnya esok (16/1), so hari ni mama nak fikir sesiap apa soalan2 yg boleh ditanya kat Doc Suriya, tips etc. Mama ada juga ngintai Institut NURY, inshaallah nak sertai course  dan buat assessment dengan Doc Azura pula, Mama nak usaha dan usaha je, resultnya mama serah pada Allah yg Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Merancang.

Please doakan Nuha ye, doakan perkembangan positif Nuha. As for now, Nuha dah 6 bulan tapi belum meniarap, merangkak, mata macam tak berapa nampak sebab jarang eye contact, kepala boleh tegak tapi dia suka menunduk. Nanti mama update input daripada perjumpaan dengan Doc Suriya, inshaallah :)