Monday, 7 December 2015

Permulaan Mimpi Ulin Nuha


Mama tahu,

Mimpi-mimpi Ulin Nuha pasti indah nian sampai Nuha rindu nak mimpi lagi, sampai Nuha tidur berlama-lamaan, menunda lapar perut mu, berlengahan membuka mata. Sampai-sampai terkadang mama terpaksa merenggut mimpimu kerana kasihankan perutmu yang lapar. 

Entah apa Kekasih Abadi titipkan dalam mimpi-mimpi mu sayang, apa dalam mimpi itu kau dihias cantik persis bidadari, berwajah sempurna dengan senyum bersinar dan tak sabar mahu sertai teman-teman bermain di taman-taman syurga. 

Ah! Bertuahnya kau sayang, mama cemburu!


No comments:

Post a Comment