|
Budak mucuk yang banyak dah minum susu |
Assalamualaykum, selamat pagi.
Semalam bangun pam susu untuk Nuha, sambil-sambil baca buku atuk Glenn. Baru berapa mukasurat tapi memang best. First part dia ceritakan tiga kumpulan ibu bapa yang bawa anak-anak ke institute milik beliau,
The Institute for the Achievement of Human Potential.
Kumpulan pertama, semua anak-anak yang dibawa, sangat berbeza kecuali satu perkara,
mereka adalah anak-anak yang mengalami kecederaan otak, sama ada sebelum dilahirkan, ketika dilahirkan atau selepas dilahirkan. Kumpulan kedua pula, adalah ibu bapa yang tiada persamaan kecuali MENIDAKKAN untuk percaya bahawa anak mereka tidak boleh dibantu. Dan kumpulan ke tiga adalah kumpulan ibu bapa yang membawa anak-anak tipikal/normal mereka.
Ada yang lumpuh seluruh badan, ada yang lumpuh separa, Ada yang tak boleh lihat, yang tak boleh dengar, yang IQ mereka mencapah daripada bacaan terendah sampai ke bacaan normal dan ksemua mereka akan dinilai dan didiagnos sebagai mengalami kecederaan otak. Bukan masalah otot yang lemah atau masalah organ pendengaran/percakapan sepeti yang semua percaya.
Dua hari pertama di insitut, setiap kanak-kanak akan dinilai dengan kehadiran ibu dan bapa, setiap langkah dalam proses penilaian akan diterangkan. Keupayaan setiap daripada mereka dinilai dengan skala yang berat dan direkodkan dengan tepat. DUa hari kemudiannya, ibu dan bapa akan menyertai orientasi intensif yang menerangkan konsep, method dan teknik yang diguna pakai oleh insitut. Dan kemudiannya, mereka akan ke department yang menunjukkan dan mengajar apa yang mesti dilakukan dan bagaimana nak lakukan kepada anak.Terakhirnya, bila semua soalan ibu dan ayah sudah dijawab oleh insitut, mereka boleh meneruskan teknik yang diajar dirumah dan kemudian datang semula ke insitut selepas 2-3 bulan untuk dinilai semula dan diajar teknik yang bersesuaian.
Ada yang kekal dalam program selama setahun, ada yang selama beberapa tahun, malah lebih lama lagi. Sesetengah ibu bapa akan mula letih, menyerah tapi kebanyakannya tidak akan menyerah. Majoriti anak-anak menunjukkan perkembangan malah lebih jauh daripada yang mereka berani bayangkan. Kadang-kadang, kanak-kanak yang mengalami keceraan serius malah lebih cepat berkembang berbanding mereka yang lebih ringan. Yang pada mulanya dikatakan BUTA, mampu membaca dengan mata, bukan jari. Ada yang lumpuh sepenuhnya kemudian mampu berjalan, berlari seperti orang lain. Ada yang pada mulanya tak boleh keluarkan bunyi seolah macam BISU, akhirnya bercakap tanpa guna bahasa isyarat.
Semua dilakukan di rumah oleh ibu bapa, dengan panduan dari insititut. Inilah permulaan memahami anak-anak yang mengalami kecederaan otak.
Kalau di Malaysia, yang menjalankan method sama dengan IAHP adalah
NURY Institute. Pengasas NURY, Arwah Datuk Dr. Nur Laily kenal secara peribadi dengan Dr. Glenn Doman dan kini anak beliau, Dr Azura pula yang bertugas di NURY. Dr. Azura juga pernah sendiri berpeluang menyaksikan bagaimana Dr. Glenn DOman berkerja ketika beliau masih lagi belajar. Mama bercadang nak ajak waled sertai insitute ini, nak bawa Nuha untuk dinilai, mama dan waled juga perlu lebih memahami dan belajar cara terbaik untuk bantu perkembangan Nuha, inshaallah. Cuma cara prosedurnya sikit berbeza dengan IAHP. Di NURY, ibu bapa perlu jalani kursus dua hari Kursus Ibu Bapa Professional, Anak Cemerlang, kemudian baru anak akan dinilai dan dicadangkan method yang sesuai untuk optimumkan fungsi otak.
Otak adalah centre. Otak adalah kuncinya, Otak adalah organ hebat ciptaan ALlah yang Maha Hebat. Alhamdulillah for a new experience, for a coming new knowledge of course. Buku ini bakal membuka perspektif baru dalam kehidupan mama terhadap anak-anak istimewa.
Jom sambung baca :D
P/S : Kena usaha lebih untuk kumpul dana ni, hihuu.. Ada yang nak sertai kami merealitikan mimpi-mimpi Ulin Nuha? Jom shopping sambil menyumbang di
Mrs.Mama Zone &
Mama Vitalicious